Sabtu, 12 Ogos 2017

PERPERANGAN INI ADALAH ANTARA BAYANG-BAYANG DAN HANTU

PERPERANGAN POLITIK ATASAN YANG SUKAR ORANG BIASA GAMBARKAN

Untuk mengerakkan kuasa mutlak, seseorang diktator atau pemikir dalam mengawal kuasa perlu melakukan sesuatu supaya legasinya sentiasa dihormati, diingati serta dipuji sampai bila-bila.

Dalam penekanan kita melihat situasi perperangan bayang-bayang dan hantu diantara Mahathir dan Najib, kita terfikir satu perkara. Apa sebenarnya yang ingin dilakukan oleh mantan yang sudah memegang kuasa selama 22 tahun tanpa dicabar?

Ya sebut sahaja nama Mahathir, semua memuja, pada ketika dahulu sejak propaganda dirinya dalam membenam musuh-musuh politiknya, ramai terpegun, betapa gahnya Mahathir mengawal musuh-musuhnya.

Sehinggalah Najib dinobat sebagai Perdana Menteri, awalnya Mahathir sudah jangkakan, rancangan long term kawal selia mungkin tidak akan berjaya kalau Najib yang dinaikkan sebagai PM, setelah Pak Lah mengantikan Mahathir yang pada tahun 2002, Mahathir ingin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, ramai dikalangan kita agak gusar, jadi takut kalaulah tanpa Mahathir, apa jadi dengan Malaysia.

Setelah aura Pak Lah bergema pada PRU 11 iaitu pada tahun 2004, amat hebat penangan Pak Lah apabila 2/3 kerusi BN dalam PRU 11 itu di tapau habis, tinggallah pembangkang terawang-awangan.

Tahukan anda, setelah Pak Lah diangkat menjadi PM, satu persatu keadaan yang sukar untuk Pak Lah ingin membuat keputusan, setelah menolak cadangan projek jambatan bengkok, datang masalah, kenaikan harga TOL, MINYAK, BARANG MENTAH serta keadaan ekonomi tidak sekata ketika tahun 2005-2007.

Pada PRU12, rupa-rupanya, idea untuk mensabotaj UMNO dan BN, memang sudah dimulakan oleh Mahathir sendiri, menggunakan kroni-kroninya untuk memberi DAP kekuatan, PRU 12 juga telah membuktikan UMNO dititik teruk oleh pembangkang, dalam Anwar Ibrahim memainkan peranan, rupa-rupanya Mahathir juga terlibat dalam mensabotaj dari dalam UMNO/BN ketika itu.

Hilang 2/3 pada PRU 12, Pak Lah dibalun sehingga lunyai, disuruh letak jawatan, dilanyak ibarat Pak Lah sebagai PM paling lemah dalam sejarah, Mahathir keluar UMNO, ingin penganti Pak Lah lebih berani dalam melakukan sesuatu, tetapi sebenarnya ingin PM yang senang di kawal supaya kroninya sentiasa kenyang dan kaya sampai mati.

Namun perancangan Allah, Najib dinaikkan sebagai PM mengantikan Pak Lah pada tahun 2009. Tahukah anda mengapa pada 2004, selepas Anwar dibebaskan dari penjara, serangan keterlaluan terhadap Najib bertali arus?

Itulah modal yang digunakan Anwar dalam menyerang Najib, Rosmah juga terpalit teruk dalam memberi imej yang negatif kepada merea berdua.

Mengapa? Pernah anda terfikir, Adakah Anwar dan Mahathir sudah membuat 'story line' ini dengan sengaja?

Sebenarnya Anwar tidak mahu Najib menjadi PM, sebab dia tahu, kegagalan utama strategi Anwar adalah bila Najib menjadi PM. Rancangan membawa balik harta tak ternilai bakal berkubur. Nampak bukan?

Bila gendang PRU 13 bergema, anda nampak betapa seriusnya untuk menjatuhkan Najib? Aura pembangkang ketika itu sangat hebat, jangan cerita hebat macamana, sampai BN pun terfikir, pertempuran PRU 13 adalah PERTEMPURAN PALING SENGIT DALAM SEJARAH.

Namun Allah sebaik-baik perancang, Adakah kita tahu, Mahathir dan Anwar memang ada talian hayat yang betul-betul sudah dijangkakan untuk BN kalah pada PRU 13?

Perancangan licik si hantu, tidak mungkin bayang-bayang biarkan, rupanya harta-harta beratus billion di luar negara memang sudah ada dalam skrip mereka berdua.

Ingat lagi duit kertas RM1,000 yang sudah tidak laku di Malaysia? Apakah anda tahu mengapa Mahathir halang supaya nilai duit kertas itu dibatalkan?

Hah mudah, jawapannya ada pada Anwar. Diketahui juga, kroni kroni Mahathir juga membayar ratusan juta kepada KEPALA-KEPALA PERSATUAN CINA supaya undi cina jangan diberi kepada BN pada pru 12, malah PRU 13 juga ada sumbangan dana dari luar supaya BN kalah teruk. Tetapi tidak berjaya.

Tahu perihal jongkong emas? Dikatakan juga nilai jongkong emas berbillion ada di Jepun, hanya Mahathir sahaja tahu, kalau kita perasan, mengapa kerap kali dia ke Jepun, sendiri fahamkan.

Kod-kod rahsia, anda hadamkan sedikit demi sedikit, perang politik ini bukan semata-mata hal rakyat dibawa oleh Mahathir dan Anwar, tetapi ada perjanjian muktamad antara mereka bernilai ratusan billion kalau PRU 14 ini sekiranyan gabungan mereka menang.

Anda nampak mengapa mudah gila Mahathir kawal Lim Kit Siang, Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan? Malah Nurul Izzah, Wan Azizah sudah tahu, tidak perlu risau perihal REFORMASI 98, ASALKAN matlamat menangkan PRU dahulu.

Sebab, Wang Kertas RM1000, jongkong emas bernilai beratus billion ringgit akan masuk dengan cara yang rakyat langsung tidak ketahuinya sekiranya PH menang PRU nanti. Anwar pasti tahu perihal ini. Mahathir juga tahu perihal ini.

Buka minda, jangan tepu, ingat kod-kod ini.

#JONGKONGEMAS
#NOTERM1000

Najib juga tahu akan keadaan ini, malah pemimpin UMNO tahu keadaan ini, untuk melawan hantu-hantu ini perlu akal yang cerdik, Mahathir baling sebiji batu, Najib dalam diam telah baling batu 3 biji tepat ke kepala Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.

Fahamkan juga mengapa Anwar menganggap LUKA KECIL sahaja apa yang terjadi terhadap dirinya pada era REFORMASI. Sedangkan maruah Anwar tercalar teruk akibat Mahathir. Tak tangkap lagi akal kita mengapa mereka boleh berbaik?

LAWAN TETAP LAWAN tetapi rupanya ada udang disebalik batu.

REBEL ON YOU

3 ulasan:

  1. Rakyat jdi mangsa.

    BalasPadam


  2. شركة المثالية للتنظيف الشركة الرائدة لجميع خدمات التنظيف بالمنطقة الشرقية - خبراء النظافة الشاملة - خبرة 23 عاما تستطيعون من خلال المثالية للتنظيف الحصول علي افضل خدمات التنظيف ومكافحة الحشرات للمنازل والشقق والفلل والمجالس والمفروشات بجميع مدن ومحافظات المنطقة الشرقية بالمملكة العربية السعودية فتقدم شركة المثالية للنظافة كل ما ليديها من امكانيات وخبرات لخدمة عملائها فهي حقا افضل شركة تنظيف بالمملكة وتوفر لعملاها الخدمات بجميع المحافظات فتوفر

    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    شركة المثالية للتنظيف بالقطيف
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
    شركة المثالية للتنظيف بالاحساء

    وتستطيعون ايضا الحصول علي تنظيف شاملة مع التعقيم والتلميع وابادة الحشراتبجودة ودقة مثالية واسعار رخيصة مع شركة تنظيف منازل بالاحساء المتخصصة في خدمة عملائها بالاحساء علي اكمل وجة

    شركة تنظيف منازل بالاحساء
    شركة تنظيف بالاحساء

    شركة المثالية للتنظيف بالاحساء

    تواصلوا معنا لمعرفة اسعار المثالية للتنظيف بالمنطقة الشرقية وخدماتها المتميزة

    BalasPadam