Khamis, 3 Ogos 2017

PERCAYAKAH DENGAN PAKATAN HARAPAN UNTUK HAPUSKAN GST?

Mereka tahu GST itu bagus, mereka tahu GST inilah paling efisen kerana tidak ada satu peniaga pun akan terlepas dari menipu cukai.

Kata mereka rakyat sengsara, kerana GST, modal ini sudah digunakan berkali-kali kerana mereka tahu, hanya modal GST, 1MDB serta serangan peribadi sahaja yang mampu untuk menaikan rating pembangkang yang sudah dikenali sebagai badut sarkes.

Penyokong mereka pun agak pening, kerana tidak konsisten dalam membantah GST, kononnya ragu-ragu untuk mempercayai pemimpin mereka sendiri.

Sudahlah datangnya parti Mahathir sudah memeningkan ramai penyokong atas pagar mereka, ini kerana Mahathir sudah dibalun cukup-cukup ketika dia bersama UMNO.

Kuatnya Pakatan pembangkang kerana PAS, impak Anwar Ibrahim, tetapi Mahathir mengatakan, kehadiran dia adalah untuk menewaskan Najib dan UMNO, kerana apa jadi begitu?

Senang nak faham, kerana anaknya tidak mampu menjadi PM ketika gerakan anti Najib mereka gunakan sejak 2014 lagi.

Jadi eloklah Mahathir dalam pembangkang, kerana dalam pembangkang semuanya badut-badut yang akalnya asal boleh, janji ada kuasa.

GILA BABI, BABI PUN PENING,


Hasrat Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya boleh dilaksanakan dengan kembali kepada regim cukai lama (SST) dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan, kehilangan hasil GST juga boleh ditampung dengan mengurangkan bayaran faedah hutang kerajaan yang kini berjumlah RM680 bilion.
"Sebelum GST dilaksanakan kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah  RM22 bilion. Ini bermakna kita hanya perlukan tambahan RM18 bilion (untuk menampung kehilangan hasil GST).
"Jika kita mansuhkan GST dan kembali kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang hanya mengutip cukai di kilang dan perkhidmatan tertentu, ia tidak akan membebankan rakyat, yang mana rakyat tidak rasa (beban kos)," ujarnya dalam paparan video oleh Media Oren.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, tambahan hasil RM18 bilion itu boleh diperolehi melalui pengurangan perbelanjaan yang tidak perlu dan pembaziran yang diamalkan kerajaan BN selama ini.
"Apa yang kita nak tutup boleh datang daripada dua tiga benda yang mudah. Pertamanya semua tahu tentang pembaziran jika kita tidak berjaya mencapai penjimatan 20% dalam tahun pertama Pakatan Harapan mansuhkan GST mungkin berjaya 10% contohnya, itu pun sudah dapat menjimatkan RM12 bilion.
"Jadi kita tinggal RM6 bilion lagi daripada RM18 bilion yang kita kena cari. Itu boleh dicari dengan mudah dengan mengurangkan bayaran faedah hutang," ujarnya.
Menurut Rafizi, kadar faedah yang dikenakan terhadap hutang negara adalah tinggi iaitu 4% ekoran krisis keyakinan pelabur terhadap negara antaranya akibat skandal  1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan