Ahad, 19 November 2017

PARTI BUNGA SEMBANG KENCANG IBARAT LANGIT NAK RUNTUH, SUDAHNYA BAKAL BERKUBUR @NajibRazak

Bersembang mereka lah paling hebat, tu belum mencaci maki hamun Najib Razak, Rosmah, hanya itu sahaja modal mereka untuk menyedapkan hati para pentaksub mereka.

Bila niat tidak baik, jiwa pula busuk ya amat. Mana mungkin mampu nak selamatkan Malaysia.

Tetapi sampai ke sudah pentaksubnya bersembang mereka paling kuat, hebat, gempak, power, teragung.

Satu jawapan sahaja untuk mereka. Kepala bapak kau.

#KekalNajib
#LawanDap
#Negaraku

*PERPECAHAN DALAM PPBM*

*PPBM HANYA TUNGGU MASA SAJA UNTUK DI KEBUMIKAN*

 إ ِنﱠا ﻟ ِﻠ ّﻪِ وَإ ِنﱠـﺎ إِﻟ َﻴ ْﻪِرَاﺟ ِﻌﻮ

*Innalillahiwainnahirojiun*...

*Salam takziah kepada Mahataik, Muhyidin, Mukhriz dan seluruh ahli PPBM*

RoS: PPBM must hold AGM this year to avoid deregistration | New Straits Times | Malaysia General Business Sports and Lifestyle News

PUTRAJAYA: Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memberi amaran hari ini bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh dibatalkan pendaftarannya jika mereka gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata perlembagaan PPBM menetapkan bahawa parti itu tidak dibenarkan menunda AGM.

"Mereka sepatutnya ingat kembi bagaimana pendaftaran UMNO dibatalkan dan diharamkan pada tahun 1988 kerana melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan," katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

https://www.nst.com.my/news/politics/2017/11/304379/ros-ppbm-must-hold-agm-year-avoid-deregistration?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C8817759274

KOMEN ARIFF AHMAD

PPBM hanya mempunyai 40 hati saja untuk adakan mesyuarat agong mereka. Mengikut ByLaws PPBM

i) Mesyurat bahagian hendaklah di adakan sekurang2nya 14 hari sebelum mesyuarat cawangan

ii) Mesyuarat cawangan hendaklah di adakan 60 hari sebelum mesyuarat agong

Ini bermakna secara teknikal PPBM dah manpus

*PERPECAHAN DALAM DAP*

Parti Alternatif Rakyat - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Parti PAP adalah serpihan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) berikutan krisis dalaman dan kepimpinan parti (DAP). PAP adalah salah satu parti terbaru diparti politik Malaysia.

Pada 30 Oktober 2015 pendaftaran PAP diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta dilancarkan pada 5 Disember 2015 oleh Presiden PAP, Zukifli Mohd Noor di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Zulkifli Mohd Noor berulang kali menegaskan bahawa PAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman di Malaysia

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Parti_Alternatif_Rakyat?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C9994238564

*DAP DAH NAZAK SANGAT*

Utusan Online
@UMonline3h

Perwakilan DAP mahu bawa keputusan pemilihan semula CEC ke mahkamah

*PERPECAHAN DALAM PKR*

Bekas Pemimpin, Ahli PKR Berkumpul Tubuh Parti Baru. - Sozcyili

http://sozcyili.blogspot.in/2016/09/bekas-pemimpin-ahli-pkr-berkumpul-tubuh.html


Rabu, 15 November 2017

KAMI AKAN BERKAMPUNG DI PARLIMEN SEKIRANYA MINYAK NAIK, TURUN SAHAJA KAMI DIAM KATA PEMUDA AMANAH


Mungkin sudah tiada modal, kalau dahulu mereka anggap hasutan mengatakan negara nak bankrap boleh pergi jauh, maka rakyat pun bakal terhasut, hangguk geleng sahaja.

Pada ketika minyak turun, mereka-mereka ini mati kutu untuk berbicara, mereka juga merasakan alangkah bodohnya sekiranya mereka ketika itu menghasut orang ramai membenci kerajaan BN pada ketika minyak turun.

Lama mereka menanti, malah pada saat yang cukup efisen untuk mengeluarkan ilmu hasutan apabila minyak naik, kebetulan harga minyak dunia naik mendadak akibat krisis antar Iran dan Arab Saudi.

Puak pembangkang tidak peduli itu semua, malah paling penting hasut, dengan hasutan itu bakal diterjemahkan dengan undi.

Mana tahu dengan modal minyak naik, undi terhadap mereka bakal naik, pertanyaan paling susah untuk mereka jawab dengan telus, sekiranya mereka memerintah, adakah mereka juga berani menurunkan harga minyak sedangkan harga pasaran sudah melambung?

Orang kata kerja gila sahaja, contah Venezuela yang diagungkan Anwar Ibrahim dan Rafizi, apa jadi dengan negara minyak murah tersebut? Habis lunyai dengan ekonomi yang begitu teruk, inflasi paling tertinggi, malah jenayah berlaku tanpa batasan, Muflis adalah jawapan sebenarn berlaku di negara ikutan Pembangkang pada ketika itu, Venezuela.

Kita doakan moga krisis antar Iran dan Arab Saudi tidak berpanjangan.

BACA ARTIKEL PEMUDA AMANAH AJAK ORANG RAMAI BERKAMPUNG DI PARLIMEN SEKIRANYA MINYAK NAIK MALAM INI

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/402057#C4t66glMrpgGJHP2.99

Selasa, 14 November 2017

ORANG MELAYU TETAP PERCAYA DAP ADALAH PENYELAMAT NEGARA @NajibRazak @KekalNajib @LawanDap

Pemilihan CEC DAP membuktikan yang kita nampak tidak mungkin orang melayu mampu untuk menjadi pemimpin ranking teratas walaupun DAP memberitahu kepada semua bahawa partinya itu adalah sebuah parti multiracial.

Mana mungkin melayu boleh menjadi panglima di dalamnya kerana dipenuhi golongan radikal dan lantang menolak Islam dan Melayu.

Hanya terkulat-kulat melayu menjadi hamba abdi DAP, tetapi dibanggakan oleh pentaksubnya.

Fikirlah sendiri.

KUALA LUMPUR – Suara dan agenda orang Melayu akan terus terpinggir daripada perjuangan DAP susulan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu semalam menyaksikan hanya dua pemimpin Melayu tersenarai.

Daripada enam pemimpin Melayu DAP yang bertanding bagi merebut jawatan CEC, hanya penolong setiausaha publisiti parti itu Zairil Khir Johari terpilih dengan memperoleh 649 undi, manakala Adun MentakabTengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik sebagai anggota tambahan CEC.

Penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, laungan DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu di tepi bibir dan sekadar untuk menarik sokongan pada pilihan raya umum.

“Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib Melayu dalam parti sendiri gagal dibela?” kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP sebenarnya telah mensia-siakan peluang yang cukup baik untuk memperbaiki imej parti itu dalam kalangan pengundi Melayu Islam yang terbentang luas menerusi pemilihan semula CEC.

“Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya dalam kalangan pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang bertanding dalam pemilihan semula CEC itu, seperti Tengku Zulpuri dan Dr Ariffin Omar akan dipilih,” kata beliau.

Kamarul Zaman berkata, DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu dalam kuota lantikan dengan lantikan Tengku Zulpuri walaupun boleh mengisi anggota CEC dengan lebih ramai pemimpin Melayu.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat keputusan pemilihan semula parti itu jelas memperlihatkan politik 'kinship' atau ‘kekeluargaan’ terus diterima DAP apabila Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berada di kedudukan tiga teratas, manakala pemimpin Melayu yang tersenarai mempunyai keperluan strategik demi kepentingan parti.

"Berdasarkan pemilihan dan pelantikan itu, mereka memilih golongan usahawan dan golongan kelas atasan Melayu dan bukan golongan biasa.

"Ayah Zairil (Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, pemimpin veteran Umno), jadi beliau dianggap dapat menarik undi dalam kalangan orang Umno, bahawa keturunan Umno tidak semestinya sokong Umno.

"Pelantikan Tengku Zulpuri daripada golongan kelas tinggi pula menunjukkan kononnya golongan itu banyak menyokong DAP atau pembangkang," kata beliau. - Bernama


Isnin, 13 November 2017

REVOLUSI ARAB YANG DIROSAKKAN OLEH PAKAR STRATEGI MENJENTIK EMOSI

KEBEJATAN IDENTITI SI PENCETUS REVOLUSI AGUNG ARAB (الثورة العربية الكبرى)

Ketika berlangsung fasa Perang Dunia Pertama, Turki yang waktu itu turut terjerat bersama Jerman menentang blok Bersekutu yang dianggotai British, Perancis dan lain-lain kuasa besar.

Dalam sibuk mengharungi kancah peperangan, British merancang agenda sulit untuk melakar misinya menakluk Uthmaniyah dari dalam.

⚫️Semangat Nasionalisme

British memanipulasi minda rakyat Turki dan Arab pada waktu itu dengan menyemarakkan sentimen kebangkitan kebangsaan. Turki versus Arab.

Turki yang mengalami krisis identiti dan isu penyelewengan yang meruncing ketika itu, digunakan alasan untuk menaikkan amarah rakyat supaya bangkit melawan kerajaan Uthmaniyah terutama generasi muda Turki sendiri.

Anak muda Turki cuba dieksploit paradigma mereka dengan dintelekkan ke negara besar Eropah. Antaranya diransang untuk menuju pembaharuan negara mapan, mesti memandang kearah Barat dengan syarat melumpuhkan Uthmaniyah.

Pada awal tahun 1908, muncul gerakan 'The Young Turks' yang diterajui Kamal Atartuk menggembeleng darah mudanya untuk mencabut takhta Uthmaniyah dengan anutan sekular nya, serta ditiupkan semangat Nasionalisme Turki supaya diskriminatif pada bangsa lain di wilayah Uthmaniyah khususnya Arab.

⚫️Adu Domba Arab

Manusia pantang dicabar melainkan pengecut. Begitulah sikap bangsa Arab ketika itu mudah termakan sentimen dan provokasi yang dimainkan British. 

T.E Lawrence, inteligen British diarahkan untuk memasuki wilayah Arab dengan menyemarakkan sentimen kebangsaan Arab supaya meninggalkan kerajaan Uthmaniyyah yang dianggap 'sakit' dan melobi dengan ketinggian darjat Arab berbanding Turki yang a'ajami.

Mengadu domba bangsa Arab untuk membuang kerajaan Islam. Arab ketika itu menilai pakaian Turki mesti dihapuskan, tetapi separa normal mereka sedang menghapuskan pakaian khilafah Islam yang menjadi tunjang kesatuan umat.

Akhirnya berperang sesama Muslim dengan bekalan senjata disediakan oleh British. Maka tercetus Revolusi Agung Arab dan ini merupakan tragedi pilu yang perlu kita sedar.

⚫️Skrip Penguasa Hijaz

Disebalik tercetusnya Revolusi Arab, muncul satu tokoh yang menjadi pemicu kepada kebangkitan bangsa Arab iaitulah Syarif Hussin bin Ali atau Syarif Makkah yang ada hubungan silsilah dengan Nabi. Beliau adalah penguasa Hijaz dan kawasan sekitarnya termasuk Makkah dan Madinah.

Cita-citanya mahu membebaskan bangsa Arab dari 'penindasan' khilafah Uthmaniyyah yang dianggap sewel setelah diracun otaknya oleh Lawrence of Arabia yang merupakan penasihat militer dan rakan akrab bagi keluarga Hasyimiah ini.

Syarif Hussin juga mengidam, antara tujuan dia meranapkan Turki Uthmaniyyah untuk mendirikan negara tunggal bangsa Arab bermula dari Aleppo hingga Teluk Aden (Syiria-Yamen). Dan dengan harapan akan perjuangkannya dengan asas-asas Islam, selain dijanjikan bakal menjadi Khalifah oleh British.

⚫️Pelobi British

Sebelum tercetusnya Revolusi Arab, Syarif Hussin diyakinkan lagi supaya segera memberontak melawan Turki.

Tahun 1915-1916, antara koresponden Sir Henry McMahon (yang menubuhkan pejabat British di Mesir) dan Syarif Hussin terus membujuk supaya pemberontakan Arab terhadap Turki tercapai sehingga memperoleh autonomi, dengan dibekalkan habuan insentif dan senjata yang lengkap tanda sokongan dari British.

Namun malangnya pegawai British, McMahon sekadar melobi manis tanpa bersepakat pun soal wilayah mana yang akan dimiliki Arab pasca Revolusi kelak.

⚫️Revolusi Arab

Pada Jun 1916, Syarif Makkah yang dibelakangnya British-Perancis mengobarkan Revolusi Agung Arab dengan menentang Turki secara habis-habisan.

Anak-anak Syarif Hussin antaranya Faisal dan Abdullah bin Hussin memimpin pasukan Arab menyerang suku Turki sehingga ke Aleppo, Syiria dengan berbekalkan senjata dari British. Hasilnya mereka berjaya manawan pasukan Turki yang berada di wilayah Arab dan keluar meminggirkan kuasa Turki.

Punca kejatuhan Turki yang terpaksa menghadapi situasi Perang Dunia serentak dengan gejolak Revolusi Arab yang menyerang di setiap arah. Pada tahun 1918, dalam Turki menderita akibat Perang Dunia yang merugikan, pasukan Faisal bin Hussin dan sekutunya berjaya membebaskan Damaskus dari kuasa Turki.

⚫️Agenda Sykes-Picot

Watak diplomat British-Perancis yang berpakat awal secara sulit, Rusia juga turut terlibat dalam melakar pemetaan wilayah Uthmaniyyah dengan dibahagikan wilayah-wilayah tersebut tanpa pengetahuan Arab.

Antaranya kawasan Arab iaitu Jordan dan Iraq diserahkan kepada British, manakala Syiria dan Lubnan menjadi milik Perancis. Adapun Palestin dibawah penguasaan antarabangsa, namun secara umum dipegang oleh British.

Pasca kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama dan cetusan Revolusi Arab, kawasan-kawasan yang kalah dalam Perang Dunia diserahkan kepada Liga Bangsa-bangsa untuk diagihkan mandat kepada blok Bersekutu British dan Perancis yang menjuarai Perang Dunia 1.

Maka termeterai pakatan Sykes-Picot dan dipraktikkan dengan penuh jayanya. Dan kita ketahui disebalik bayang British adalah Yahudi Zionis yang mengidamkan tanah umat Islam khususnya Palestin yang diratib dengan 'The Promise Land'.

⚫️Putih mata

Bukan bebola mata sahaja yang putih malah hampir seluruh kuasa mereka sapu bersih. Kekesalan Syarif Hussin yang mengagak termeterai pakatan Sykes-Picot amat bertentangan dengan janji British, malah menguntungkan lagi Yahudi Zionis.

Tidak cukup itu termeterai Deklarasi Balfour 1917 yang memberikan laluan utama kepada Yahudi untuk mewujudkan negara haram Israel.

Lebih buruk pada tahun 1919, anaknya Putera Faisal telah mengadakan perjanjian dengan tokoh antarabangsa Zionis iaitu Chaim Weizmann. Maka berlaku pakatan Weizmann-Faisal dan antara isinya:

•Arab bersetuju membenarkan migrasi puak Yahudi ke kawasan berhampiran Jordan dan Palestin dengan alasan memajukan ekonomi setempat.

Maka sebenarnya perjanjian-perjanjian tersebut mendorong jalan pintas kepada Yahudi untuk merealisasikan kewujudan negara haram di Al-Aqsa, malah cita-cita mereka menubuhkan Israel Raya bermula dari Sungai Furat hingga Sungai Nil.

⚫️Pengusiran

Pasca termeterai perjanjian yang disebutkan, awalnya setelah Revolusi Arab selesai, Faisal bin Hussin mewartakan wilayah Damaskus, Syiria merupakan pusat pemerintahan untuk Arab hasil kejayaan pasukannya dan Hijaz tetap menjadi pusat kuasa keluarga Hasyimiah.

Namun Perancis tetap mahukan Syiria sehingga mereka berjaya menawannya dalam satu siri peperangan. Tuntutan Putera Syarif Hussin untuk mendapatkan semula Syiria tidak dapat dipenuhi, dan untuk selamat diadakan penukaran kuasa wilayah Iraq yang dimiliki British waktu itu diserahkan kepada Putera Faisal.

Namun tidak bertahan lama, kerajaan Faisal di Iraq dihancurkan oleh Nasionalis Kiri akibat pergolakan politik pada tahun 1958. British juga menghadiahkan Jordan kepada Bani Hasyimiah yang dikepalai Abdullah bin Hussin.

Manakala Hijaz yang dikuasai Syarif Hussin mengalami pergelutan kuasa daripada dinasti Saud yang muncul dari Najd. Ironinya sewaktu Syarif Hussin menentang Saudi, British langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan, barulah sedar dirinya dipergunakan. Lalu ditawan dan diusir keluar dari Hijaz.

Hasilnya keluarga Hasyimiah berkuasa atas negara Jordan sahaja sehingga hari ini yang di sambung generasi Raja Abdullah Dua.

Akhirnya merugikan diri dan umat Islam, ketika itu Arab baru sedar dan sesal kerajaan Islam sudah tidak ada.

⚫️Pengajaran

Modus sentimen kebangsaan tidak dinafikan cukup significant dikitar semula musuh pada hari ini.

Perkembangan semasa dunia Asia Barat, amat meruncingkan dengan dilakarkan semula peta lakaran Sykes-Picot mengikut pecahan mazhab dan pentadbiran mesti dipegang oleh golongan minoriti.

Hasilnya merudumkan radar kebangkitan Islam supaya tidak sampai ke Al-Aqsa sedang umat semakin hanyut dengan berlaga sesama Muslim tak sedar Amerika dan Israel semakin selesa.

▪️Rumusan:

•Naratif sejarah didalam Al-Quran mematangkan pemikiran. Menilai pengajaran Al-Quran antaranya membongkar watak dan helah manusia supaya kita berfikir.

‎فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

•Celik agenda dan watak inteligen musuh yang cukup fobia dan anti Islam serta habuan yang syubhah.

•Mengilmu sejarah ummah yang menjadi mangsa kezaliman Yahudi dan Kristian, bukan sibuk bergelut dengan perbahasan sentimen dan emosi.

•Keturunan yang mulia tidak valid  dijadikan kredit untuk memperoleh pembelaan walhal dia melakukan kerosakan, melainkan dengan iman yang benar dengan Islam.

‎قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ ۖ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ ۖ فَلَا تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۖ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Allah menegaskan bahawa anak lelaki Rasulullah Nuh terlucut keahlian kekeluargaannya kerana menghidap kerosakan jatidiri dan enggan menerima Islam walau nyawa dihujung tanduk lalu diazab bersama kaumnya. (Surah Hud)

Muhamad Azri Hafizi
12 November 2017


Isnin, 6 November 2017

ANJURAN 1000 HARI ANWAR DIPENJARA TIDAK MENGHORMATI RAKYAT PENANG DITIMPA BENCANA











Mengapa begitu dangkal penganjur 1000 hari Anwar Ibrahim di penjara menganjurkan ketika rakyat Pulau Pinang dipimpin kerajaan DAP disebungi kesedihan akibat banjir paling buruk.

Adakah barisan pemimpin PKR ataupun Pakatan Harapan tidak mengatahui ataupun langsung mengabaikan kesedihan dialami negeri pimpinan Dap?

Adakah PKR sengaja? Ataupun ingin memberitahu, Anwar Ibrahim lebih penting dari rakyat Pulau Pinang dan Kedah?

Politik gila semakin gila. Merosakkan minda. PKR semakin hanyut dengan noda kuasa kerana mereka tahu parti mereka dalam kekusutan alibat munculnya PPBM.

Politik kayu anjuran PKR memalukan DAP

Korupsi kronism Nepotism INGATLAH PKR PEMBAWANYA.


PULAU PINANG MEMANG GAGAL DIBAWAH DAP KATA DATUK HUAN CHENG GUAN


Banjir besar yang menenggelamkan hampir seluruh Pulau Pinang berpunca daripada ketidakcekapan dan kebodohan kerajaan DAP yang tidak berkesan di bawah pentadbiran Lim Guan Eng.
Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, Guan Eng banyak mengubah dasar negeri menyebabkan pembangunan tanpa kawalan termasuk di kawasan lereng bukit negeri itu.
Memberikan contoh kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 mangsa baru-baru ini, Cheng Guan berkata, insiden itu membuktikan kegagalan urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Krisis alam sekitar yang berlaku di Pulau Pinang sekarang menyebabkan rakyat terdedah kepada kejadian tanah runtuh dan banjir. Sekarang kesannya sudah dirasai oleh rakyat dan penduduk Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan.
Cheng Guan juga berkata, beliau kesal kerana jentera pentadbiran negeri yang tidak turun padang membantu mangsa banjir.
Katanya, video yang tular di Facebook apabila mangsa banjir memarahi Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Karpal kerana tidak membantu rakyat di kawasannya juga menunjukkan belang sebenar pemimpin DAP.
Malah Cheng Guan turut mempersoal dana berbilion ringgit milik kerajaan negeri yang tidak disalurkan terus kepada mangsa banjir.
"Kerajaan negeri juga sering berkata mereka mempunyai dana berbilion ringgit tapi ke mana duit itu pergi dan mengapa duit itu tidak digunakan untuk membantu mangsa banjir?
"Malah sekarang DAP negeri mengaturkan kutipan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk membantu mangsa banjir. Ini membuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak telus dalam menguruskan dana negeri," katanya.
Pulau Pinang lumpuh selepas hampir keseluruhan kawasan di negeri itu dilanda banjir setinggi antara tiga hingga 3.6 meter, berikutan hujan lebat serta ribut yang melanda sejak kelmarin.
Cuaca buruk sejak jam 12 tengah hari itu, turut meragut tujuh nyawa setakat jam 10 malam ini.
Seramai 3,783 mangsa terpaksa dipindahkan ke 51 pusat pemindahan secara berperingkat oleh pasukan penyelamat.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/11/347018/p-pinang-gagal-di-bawah-pentadbiran-kerajaan-dap

Jumaat, 27 Oktober 2017

BAJET 2018 BUATKAN PEMBANGKANG MAKIN SAKIT HATI #DoneClaim #Bajet2018

#Bajet2018 walaupun dimaki hamun pemimpin pembangkang, YAB Perdana Menteri tetap tidak melupakan negeri - negeri mereka

1. Sebentar tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah selesai membentangkan Bajet 2018 pihak kerajaan Barisan Nasional. Bajet pada tahun ini diberi tema *_ “memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbang keunggulan duniawi dan ukhrawi, demi mensejahtera kehidupan rakyat, menuju aspirasi tn50”

2. Melihat kepada Bajet 2018 yang diumumkan sebentar tadi, ianya menunjukkan komitmen YAB Perdana Menteri dan kerajaan untuk menangani beberapa permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini secara keseluruhanya termasuk di negeri - negeri pembangkang walaupun pemimpin mereka dengan jelas dan konsisten selalu memaki - hamun serta memfitnah YAB Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional.

3. Antara pengumuman penting yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi adalah pemansuhan dua tol di negeri Selangor yang di kuasai oleh pemimpin pembangkang iaitu Tol Batu Tiga dan Tol Sungai Rasau. Pengumuman YAB Perdana Menteri ini juga sekaligus membuktikan kenyataan pemimpin pembangkang, terutama di Selangor bahawa kerajaan BN menganak - tirikan mereka adalah merupakan satu fitnah yang jahat.

4. Di Pulau Pinang pula, kerajaan BN telah mengumumkan bajet sebanyak puluhan juta ringgit untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Ini menunjukkan YAB Perdana Menteri mempunyai hati dan jiwa yang besar dengan tetap menunaikan permintaan kerajaan negeri DAP walaupun mereka berterusan melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional.

5. Pengumuman yang dilakukan untuk negeri pembangkang memberikan gambaran bahawa YAB PM dan Kerajaan tidak pernah mengamalkan dasar diskriminasi terhadap negeri - negeri pembangkang.  Ini jelas menunjukkan keprihatinan  Barisan Nasional kepada semua rakyat di negara ini. Apa yang YAB Perdana Menteri mahukan adalah rakyat di negeri - negeri pembangkang juga menikmati laba yang diraih oleh kerajaan.

6. Sikap jiwa besar yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri ini berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak pembangkang. Ini jelas di negeri - negeri yag dikuasai mereka pemimpin politik dan masyarakat pro - BN sentiasa ditindas. Pembangkang jelas mengamalkan politik tidak matang dan mempunyai sikap dendam terhadap mereka yang Pro - BN. Ini berbeza dengan sikap YAB Perdana Menteri.

7. Konklusinya, saya berharap Bajet 2018 yang diumumkan sebentar tadi disambut baik oleh rakyat di negara ini khususnya di negeri - negeri pembangkang. Ini kerana bajet ini telah terbukti direka khas untuk kesejahteraan rakyat dengan mengambil kira maklum balas yang diterima oleh kerajaan. Secara ringkasnya, ini merupakan satu bajet dari idea rakyat sendiri yang direalisasikan oleh YAB Perdana Menteri bagi kesenangan semua pihak, termasuk mereka yang berada di negeri - negeri dikuasai pihak pembangkang.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia